Sabtu, 13 November 2010

life must goes on...

KELANGSUNGAN HARI-HARI KAMI...

...pedih, pilu... hambar... tawar... hidup kami seakan tiada matlamat lagi.. tiada hala tuju.. tiada ketentuan... hilang sudah segala semangat yang membara... semangat KAMI yang dibina bersama.. turut hilang... pergi bersama kasih sayang kami yang dipanggil olehNya....

...bermula dari hati yang patah... sedih yang amat sangat... aku menjadi semakin buntu untuk meneruskan kehidupan ini... peritnya... kesedihan dan kepedihan kali ini benar-benar menguji ketabahanku... tiada lagi tempat mengadu.. tiada lagi tempat untuk merajuk... tiada lagi tempat untuk aku dan anakku bermanja-manja... tiada lagi orang yang boleh memujuk.. tiada lagi orang yang boleh marah-marah dengan sikapku yang kadangkala suka mengada-ngada ini... tiada lagi siulan dikir barat kegemaran dari mulutnya... tiada lagi dendangan lagu2 yang direka sendiri... tiada lagi kedengaran azan dari orang yang kami kasihi.. tiada lagi imam untukku solat berjemaah di rumah....

TIADA LAGI.. benar... dia sudah TIADA... dia dipanggil menemui Yang Maha Kuasa... dan aku redha dengan pemergiannya itu...

...KEHIDUPAN baru yang nak dimulakan ini begitu payah... hanya Dia yang tahu... hanya Dia yang tahu... jika aku masih punya mak dan ayah... pasti benar aku mengadu domba dan tinggal bersama mereka... tapi mereka pun juga sudah tiada... jadi, bagaimana harus aku mulakan nafas-nafas baru ini bersama anakku yang satu ini?? bagaimana...??? aku jadi hilang punca arah hidup.. nanar... bingung... aku benar-benar penasaran...

...dan sekian kalinya, ditahap sedar akalku... aku merintih, aku bermohon.. aku bermunajat kepada Ilahi... Ya Allah... Kau berikanlah aku kekuatan, ketabahan, kesihatan tubuh badan, minda yang cerdas... berikanlah aku ruang-ruang dan jalan-jalan untuk kumencari redhaMu... permudahkanlah segala urusan hidup kami dua beranak... bukakanlah pintu-pintu rezekiMu seluas-luasnya untuk kami Ya Allah... aku benar-benar memohon dariMu moga aku kan terus gagah untuk meneruskan kehidupan, memberi cukup makan pakai dan pendidikan buat anak kami... semoga amanah ini dapat aku pikul dengan sebaik mungkin...

Jumaat, 5 Mac 2010

Sampai di sini jodoh kami...

Pagi ini, genap seminggu nan lalu... terfikir sejenak, kenapa mata masih tidak mampu untuk dilelapkan pada 28hb Februari 2010... Tapi kuusir sejauh mungkin kemungkinan2 yang datang menerjah akal fikiran.. Selepas buat entry tentang kamiblogger, mata masih terkedip2... nak telefon cik hubby, takut mengganggu lenanya... sedangkan pukul 4am nanti dia nak bertolak untuk berjuang menjadi pendidik di Gua Musang...


Hati bertalu2 memaksa utk tetap membuat panggilan, akhirnya aku mendail nombornya... jam lebih kurang 4 am. kali ke3 baru kudapat bercakap dengan insan yang paling aku sayang itu. Itupun, sayup2 kudengar suaranya yang menggeletar kesejukan... "abe baru lepas mandi ni.. dah siap2 nak tunggu halim datang jemput dah ni.." Lantas, kupesan supaya banyakkan berehat... kerana dia tetap berkeras utk ke sekolahnya pagi ahad meskipun dirinya tak begitu sihat... "ya, ya... abe tak drive, abe nak rehat... biar halim yang drive.., sekarang, sayang tidur dulu.. dalam pukul 6pagi nanti abe call balik bila dah sampai Gua Musang, ye??"


... dan rupa-rupanya, itulah kata2 akhir dari dia.. jam 5.20am, kedengaran telefon berdering... sebenarnya tidurku pun tak begitu nyenyak.. 'ish, cepat pulak abe sampai Gua Musang, ke, ada apa2 masalah ni...'... bisikan gusar di hatiku.... "helo, Assalamualaikum..." dan kata2ku tergantung begitu kerana di sebelah sana kedengaran suara asing yang menjawab salam.. hatiku mula berdebar... dan semakin kencang bilamana suara asing itu meminta aku banyak2 bersabar... " saya ustaz, kawan suami puan.. minta puan banyak2 bersabar... suami puan kemalangan jalan raya dan dia dah tiada..."


"ya, Allah... ya, Allah... ya Allah..!! rasa hancur luluh jiwaku... terasa dunia ni gelap... kelam serta merta...! kuterdiam seketika... mencari nafas2 baru untuk bertanya... "hm... Allah, macam mana yer ustaz... saya nanti nak terus ke mana yer..??" sebenarnya aku jadi bingung... "puan, puan boleh terus ke Hospital Kuala Krai.."


"haa..? ok.. ok... saya nak minta ustaz tolong bagitau ibu mertua saya nanti... saya dah tak boleh nak berkata2 lagi.. tak mampu nak beritahu mak... nanti saya messagekan nombor rumah mertua saya... terima kasih banyak ustaz... tolong bagitau saya jika ada apa2 terkini..."

Sabtu, 27 Februari 2010

"KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST"

Whoaa!! BiGgEsT Contest is HerE!!

HADIAH-HADIAH YANG SUNGGUH MENAWAN!!!


Dengan syarat-syarat penyertaan yang sungguh mencabar, anda pasti TERUJA!

Jom!! Cepat sebelum terlambat!! Apa lagi... Join sekarang!! Sila klik di sini yer!

BATU SUNGAI

~ SUDAH TIDAK DIJUAL ~

Memang susah untuk dapatkan batu sungai sekarang ni... Tambahan pula, kepada yang berada di bandar-bandar besar... Batu sungai ni sebenarnya banyak kegunaan.. Yang paling popular, batu sungai digunakan untuk dibuat tungku bagi orang yang lepas bersalin... Memang banyak di pasaran sekarang menggunakan tungku moden.. tapi bagi sesetengah orang, batu sungai masih digunakan... Terpulanglah kepada diri masing-masing...

CODE : BS0001                               CODE : BS0002

Yang bentuk bulat sesuai untuk buat tungku, yang bersegi tu untuk buat batu pengikir, atau pengasah... Dua2 juga sesuai untuk hiasan taman... Ada lagi batu-batu sungai jenis lain akan saya pamerkan kemudian nanti. Jika ada yang berminat, satiap satu jenis produk batu di atas, saya letak harga RM20... bagi tempahan dengan kuantiti lebih dari 10, akan dapat diskaun..


Sebarang tempahan perlu dibuat awal seminggu, sebab nak pastikan stok mencukupi dan mengikut turn tempahan... Juga perlu dibayar 1/2 dari jumlah harga produk semasa tempahan (sebagai jaminan utk saya sediakan produk dengan mencukupi), saya hanya akan menghantar/ pos produk yang telah disediakan setelah bayaran penuh dibuat.

Ahad, 31 Januari 2010

RUTIN HARIAN SEORANG MUSLIM : PART II (DHUHA)


DHUHA

7.30am - 10.00am:
Solat Dhuha
>>> Dikerjakan demi menambah berkat dalam kerjaya dan meluaskan pintu rezeki.
>>> Bacaan yang dituntut dalam solat dhuha.
        Rakaat pertama - baca ayat kursi 11 kali
        Rakaat kedua - baca al-ikhlas 11 kali
        Bacaan biasa adalah rakaat pertama surah asy-Syams dan
        rakaat kedua surah ad-Dhuha

10.00am - 1.00pm:
Membaca Al-Quran 5 mukasurat (2/4 JUZUK)
>>> Menambahkan bacaan al-Quran sebelum Zohor.

Rabu, 20 Januari 2010

JCVK Inspire's Giveaway!!!

Lebih 12 produk giveaway!!



Hanya jadi follwer JCVK Inpire dan anda mungkin dapat GA kat atas tu!! Untuk join... tekan sini.

RUTIN HARIAN SEORANG MUSLIM : PART I (SEBELUM FAJAR)

Juz for sharing...



SEBELUM FAJAR
4.50am - 7.30am :
Solat Sunat Tahajjud, Taubat dan Hajat
>>> Perbanyakkan beristighfar dan berdoa memohon nikmat Allah SWT sama ada di dunia dan akhirat.

Solat Subuh berjemaah di Masjid
>>> Rasulullah bersabda: "Sembahyang Subuh pula, bagi seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah dua jenis kebebasan; iaitu dibebaskan dari api neraka dan nifaq (sifat munafik)."

Membaca Al-Quran 5 mukasurat (1/4 juzuk)
>>> Mulakan hari dengan membaca ayat Al-Quran. Disyorkan membaca surah Al-Waqiah. Ia membawa berkat, menjauhkan bala, meluaskan rezeki.

Sabtu, 16 Januari 2010

Dugaan di Januari 2010

Sedang hati menyanyi riang di tahun baru... dengan penuh rasa kegembiraan bila mana dapat tau cik hubby dapat mengajar di negeri Kelantan... ada pulak dugaan yang datang bertimpa-timpa, antaranya;

1) Dapat tau cik hubby dapat ngajar kelantan tapi kat Gua Musang, mengajar anak2 orang asli di SK Hendrop... sedihnya ialah bila tak dapat chat dengannya hari2 coz takder line tefon kat situ... Itu no hal lagi laaa... sebab, bila difikirkan semula... ada baiknya dari dapat kat negeri luar Kelantan yang kena redah sungai n masuk hutan keluar hutan... Alhamdulillah...

2) 10/1/2010 - kereta Avanza rosak teruk terlanggar lembu... berlaku masa cik hubby on d way nak gi ngajar di GM untuk permulaan second week he teach there... so tiada kenderaan untuk dia pergi balik tiap hujung minggu... waaa...

3) 14/1/2010 - hari yang penuh debaran... permulaan dengan penuh keyakinan berakhir dengan kekecewaan jua... naik bukit ok... gagal kat parking... waduhhh... nape nih!!! saya terlupa step!!! hati dah mula gelabah, bawa on the road... dapat dengan pegawai JPJ perempuan lakk... adusss... silap jalan laa.. apa laa... terburu2 laaa... macam komen2 yang mengganggu gugat fokus aku... GAGAL... huh!!!!

4) 15/1/2010 (Friday)
- pagi2 kemain sonok lagi kiterang nak gi sarapan pagi katr kedai merpati (gelaran kedai makan kat Kelantan) cam biasa hari minggu... tengok2 keta (keta father in law) tayar pancit... cik hubby pun tukar tayar spare... kiterang tukar plan, nek motor je g sarap...
- balik lepas isi perut pagi, punya la terkejut tengok.. tayar spare tadi pon pancit jugaa... alamak.... ini betul2 buat kiterang sedih.... cik hubby pulak sampai terseliuh urat masa nak keluarkan balik tayar spare tu... kesiannya... aku tak dapat nak menolong.. sebab aku pun tengah sakit.. (senggugut)...
- cik hubby jenuh round2 pusing2 dengan motosikalnya sambil pikul tayar tu (dengan sakit2 sendi pinggang, ditahannya sakit)... takde satupun kedai buka... baru ingat, hari ni hari Jumaat... semua kedai tutup kat Kelantan ni...


- malamnye, sakit sendi urat pinggang cik hubby menjadi2... xdapat ditangani dengan hanya sapu minyak panas... ciannya... saya pun call elder sister yang tinggal berdekatan, nak pinjam keta nak bawa hubby g mengurut... dah start motor tengok lampu motor pulak xmenyala.... hadoiii... mana bleh bawa malam2 ni...
- akhirnya, eldest sister datang bawa cik hubby g mengurut.. yang hanya 3 minit, tapi upahnye RM20.... haa??!! RM20 di Kelantan..?? lebih baik pegi mengurut kat KL nun... RM60 sejam.. haaa puas hati... hish... sadisnya... cik hubby masih sakit2... kesian...

5) 16/1/2010
- bangun pepagi... cik hubby g kedai tayar (pikul tayar, bayar motosikal cam semalam gak laaa).. dah kena tukar terus pulak... tayar memang dah takbole diselamatkan lagi... memang dugaan sungguh.. tenaga, masa n wang...
- bila dah tukar tayar... tengok2 keta takleh start pulak... bateri keta pulak.... adusss... cik hubby (masih dia yang kena pegi sana sini sebab dia jer yang tau tunggang motosikal tu...) terus menjalankan tugasnya pergi cas bateri keta... n evrthingdone... n saya pon dah takde mood nak keluar sebab malam ni cik hubby dah kena balik selising pulangkan keta daddy dia n terus g GM (untuk mendidik anak bangsa) dgn menumpang keta housemate dia.....

Jumaat, 15 Januari 2010

My Luverly Craft Giveaway...

Jom join My Luverly Craft giveaway ni!!


Tarikh tutup pada 27 JANUARI 2010....

Selasa, 12 Januari 2010

Dulu dan Kini

Dulu...
Segala yang kulalui begitu ampuh...
Segala yang kurasai begitu manis...
Kunikmatinya dengan penuh keasyikan...

Aku begitu megah di persada gemilang...
diuliti kejayaan yang tiada noktahnya...
dengan penuh kebanggaan...

Tapi kini...
Segala yang kulalui begitu payah, sukar...
kurasai kepahitan, kelat.. hambar...
...gundah!

Kini...
Kuterkeliru dengan kesedaran ini...
kecewa.. sedih... lemah...??!

Dulu dan Kini...
Mungkin benar dengan cakap-cakap orang..
Tentang hukum karma..
Inilah hakiki yang harus kumamah dan kutelan...

Ini hakikat... Ketentuan itu takdirNya...
Allah.. Allah... Allah...
Subhanallah.. Subhanallah... Subhanallah...
Aku redha dan berserah kepadaMu!!!

Bermulanya di sini...


Setelah sekian lama tak menulis terasa agak janggal untuk memulakan patah kata-kata yang baru. Sejak berada di bumi tanah tumpah darahku ini pada Januari 2009, seakan jiwa ini kosong...
Sebenarnya... bukan kosong, tapi kehidupan sehari-hari dikaluti dengan pelbagai rencah yang tidak mengizinkan saya untuk mengoles warna di blog ini...
Marilah kita bersama2 menikmati kehidupan yang sementara ini dengan penuh manfaat yang terbaik untuk diri dan mereka di sekeliling kita... Kerana kehidupan itu indah..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketulusan Hati