Jumaat, 5 Mac 2010

Sampai di sini jodoh kami...

Pagi ini, genap seminggu nan lalu... terfikir sejenak, kenapa mata masih tidak mampu untuk dilelapkan pada 28hb Februari 2010... Tapi kuusir sejauh mungkin kemungkinan2 yang datang menerjah akal fikiran.. Selepas buat entry tentang kamiblogger, mata masih terkedip2... nak telefon cik hubby, takut mengganggu lenanya... sedangkan pukul 4am nanti dia nak bertolak untuk berjuang menjadi pendidik di Gua Musang...


Hati bertalu2 memaksa utk tetap membuat panggilan, akhirnya aku mendail nombornya... jam lebih kurang 4 am. kali ke3 baru kudapat bercakap dengan insan yang paling aku sayang itu. Itupun, sayup2 kudengar suaranya yang menggeletar kesejukan... "abe baru lepas mandi ni.. dah siap2 nak tunggu halim datang jemput dah ni.." Lantas, kupesan supaya banyakkan berehat... kerana dia tetap berkeras utk ke sekolahnya pagi ahad meskipun dirinya tak begitu sihat... "ya, ya... abe tak drive, abe nak rehat... biar halim yang drive.., sekarang, sayang tidur dulu.. dalam pukul 6pagi nanti abe call balik bila dah sampai Gua Musang, ye??"


... dan rupa-rupanya, itulah kata2 akhir dari dia.. jam 5.20am, kedengaran telefon berdering... sebenarnya tidurku pun tak begitu nyenyak.. 'ish, cepat pulak abe sampai Gua Musang, ke, ada apa2 masalah ni...'... bisikan gusar di hatiku.... "helo, Assalamualaikum..." dan kata2ku tergantung begitu kerana di sebelah sana kedengaran suara asing yang menjawab salam.. hatiku mula berdebar... dan semakin kencang bilamana suara asing itu meminta aku banyak2 bersabar... " saya ustaz, kawan suami puan.. minta puan banyak2 bersabar... suami puan kemalangan jalan raya dan dia dah tiada..."


"ya, Allah... ya, Allah... ya Allah..!! rasa hancur luluh jiwaku... terasa dunia ni gelap... kelam serta merta...! kuterdiam seketika... mencari nafas2 baru untuk bertanya... "hm... Allah, macam mana yer ustaz... saya nanti nak terus ke mana yer..??" sebenarnya aku jadi bingung... "puan, puan boleh terus ke Hospital Kuala Krai.."


"haa..? ok.. ok... saya nak minta ustaz tolong bagitau ibu mertua saya nanti... saya dah tak boleh nak berkata2 lagi.. tak mampu nak beritahu mak... nanti saya messagekan nombor rumah mertua saya... terima kasih banyak ustaz... tolong bagitau saya jika ada apa2 terkini..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketulusan Hati