Ahad, 31 Januari 2010

RUTIN HARIAN SEORANG MUSLIM : PART II (DHUHA)


DHUHA

7.30am - 10.00am:
Solat Dhuha
>>> Dikerjakan demi menambah berkat dalam kerjaya dan meluaskan pintu rezeki.
>>> Bacaan yang dituntut dalam solat dhuha.
        Rakaat pertama - baca ayat kursi 11 kali
        Rakaat kedua - baca al-ikhlas 11 kali
        Bacaan biasa adalah rakaat pertama surah asy-Syams dan
        rakaat kedua surah ad-Dhuha

10.00am - 1.00pm:
Membaca Al-Quran 5 mukasurat (2/4 JUZUK)
>>> Menambahkan bacaan al-Quran sebelum Zohor.

Rabu, 20 Januari 2010

JCVK Inspire's Giveaway!!!

Lebih 12 produk giveaway!!



Hanya jadi follwer JCVK Inpire dan anda mungkin dapat GA kat atas tu!! Untuk join... tekan sini.

RUTIN HARIAN SEORANG MUSLIM : PART I (SEBELUM FAJAR)

Juz for sharing...



SEBELUM FAJAR
4.50am - 7.30am :
Solat Sunat Tahajjud, Taubat dan Hajat
>>> Perbanyakkan beristighfar dan berdoa memohon nikmat Allah SWT sama ada di dunia dan akhirat.

Solat Subuh berjemaah di Masjid
>>> Rasulullah bersabda: "Sembahyang Subuh pula, bagi seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah dua jenis kebebasan; iaitu dibebaskan dari api neraka dan nifaq (sifat munafik)."

Membaca Al-Quran 5 mukasurat (1/4 juzuk)
>>> Mulakan hari dengan membaca ayat Al-Quran. Disyorkan membaca surah Al-Waqiah. Ia membawa berkat, menjauhkan bala, meluaskan rezeki.

Sabtu, 16 Januari 2010

Dugaan di Januari 2010

Sedang hati menyanyi riang di tahun baru... dengan penuh rasa kegembiraan bila mana dapat tau cik hubby dapat mengajar di negeri Kelantan... ada pulak dugaan yang datang bertimpa-timpa, antaranya;

1) Dapat tau cik hubby dapat ngajar kelantan tapi kat Gua Musang, mengajar anak2 orang asli di SK Hendrop... sedihnya ialah bila tak dapat chat dengannya hari2 coz takder line tefon kat situ... Itu no hal lagi laaa... sebab, bila difikirkan semula... ada baiknya dari dapat kat negeri luar Kelantan yang kena redah sungai n masuk hutan keluar hutan... Alhamdulillah...

2) 10/1/2010 - kereta Avanza rosak teruk terlanggar lembu... berlaku masa cik hubby on d way nak gi ngajar di GM untuk permulaan second week he teach there... so tiada kenderaan untuk dia pergi balik tiap hujung minggu... waaa...

3) 14/1/2010 - hari yang penuh debaran... permulaan dengan penuh keyakinan berakhir dengan kekecewaan jua... naik bukit ok... gagal kat parking... waduhhh... nape nih!!! saya terlupa step!!! hati dah mula gelabah, bawa on the road... dapat dengan pegawai JPJ perempuan lakk... adusss... silap jalan laa.. apa laa... terburu2 laaa... macam komen2 yang mengganggu gugat fokus aku... GAGAL... huh!!!!

4) 15/1/2010 (Friday)
- pagi2 kemain sonok lagi kiterang nak gi sarapan pagi katr kedai merpati (gelaran kedai makan kat Kelantan) cam biasa hari minggu... tengok2 keta (keta father in law) tayar pancit... cik hubby pun tukar tayar spare... kiterang tukar plan, nek motor je g sarap...
- balik lepas isi perut pagi, punya la terkejut tengok.. tayar spare tadi pon pancit jugaa... alamak.... ini betul2 buat kiterang sedih.... cik hubby pulak sampai terseliuh urat masa nak keluarkan balik tayar spare tu... kesiannya... aku tak dapat nak menolong.. sebab aku pun tengah sakit.. (senggugut)...
- cik hubby jenuh round2 pusing2 dengan motosikalnya sambil pikul tayar tu (dengan sakit2 sendi pinggang, ditahannya sakit)... takde satupun kedai buka... baru ingat, hari ni hari Jumaat... semua kedai tutup kat Kelantan ni...


- malamnye, sakit sendi urat pinggang cik hubby menjadi2... xdapat ditangani dengan hanya sapu minyak panas... ciannya... saya pun call elder sister yang tinggal berdekatan, nak pinjam keta nak bawa hubby g mengurut... dah start motor tengok lampu motor pulak xmenyala.... hadoiii... mana bleh bawa malam2 ni...
- akhirnya, eldest sister datang bawa cik hubby g mengurut.. yang hanya 3 minit, tapi upahnye RM20.... haa??!! RM20 di Kelantan..?? lebih baik pegi mengurut kat KL nun... RM60 sejam.. haaa puas hati... hish... sadisnya... cik hubby masih sakit2... kesian...

5) 16/1/2010
- bangun pepagi... cik hubby g kedai tayar (pikul tayar, bayar motosikal cam semalam gak laaa).. dah kena tukar terus pulak... tayar memang dah takbole diselamatkan lagi... memang dugaan sungguh.. tenaga, masa n wang...
- bila dah tukar tayar... tengok2 keta takleh start pulak... bateri keta pulak.... adusss... cik hubby (masih dia yang kena pegi sana sini sebab dia jer yang tau tunggang motosikal tu...) terus menjalankan tugasnya pergi cas bateri keta... n evrthingdone... n saya pon dah takde mood nak keluar sebab malam ni cik hubby dah kena balik selising pulangkan keta daddy dia n terus g GM (untuk mendidik anak bangsa) dgn menumpang keta housemate dia.....

Jumaat, 15 Januari 2010

My Luverly Craft Giveaway...

Jom join My Luverly Craft giveaway ni!!


Tarikh tutup pada 27 JANUARI 2010....

Selasa, 12 Januari 2010

Dulu dan Kini

Dulu...
Segala yang kulalui begitu ampuh...
Segala yang kurasai begitu manis...
Kunikmatinya dengan penuh keasyikan...

Aku begitu megah di persada gemilang...
diuliti kejayaan yang tiada noktahnya...
dengan penuh kebanggaan...

Tapi kini...
Segala yang kulalui begitu payah, sukar...
kurasai kepahitan, kelat.. hambar...
...gundah!

Kini...
Kuterkeliru dengan kesedaran ini...
kecewa.. sedih... lemah...??!

Dulu dan Kini...
Mungkin benar dengan cakap-cakap orang..
Tentang hukum karma..
Inilah hakiki yang harus kumamah dan kutelan...

Ini hakikat... Ketentuan itu takdirNya...
Allah.. Allah... Allah...
Subhanallah.. Subhanallah... Subhanallah...
Aku redha dan berserah kepadaMu!!!

Bermulanya di sini...


Setelah sekian lama tak menulis terasa agak janggal untuk memulakan patah kata-kata yang baru. Sejak berada di bumi tanah tumpah darahku ini pada Januari 2009, seakan jiwa ini kosong...
Sebenarnya... bukan kosong, tapi kehidupan sehari-hari dikaluti dengan pelbagai rencah yang tidak mengizinkan saya untuk mengoles warna di blog ini...
Marilah kita bersama2 menikmati kehidupan yang sementara ini dengan penuh manfaat yang terbaik untuk diri dan mereka di sekeliling kita... Kerana kehidupan itu indah..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketulusan Hati